Prolog Cinta
Sebermula, mengikut yang empunya ceritera, kata CINTA itu sebenarnya lahir dari suatu perasaan halusinasi yang menusuk ke tangkai hati. Pabila sesekali hatimu tersentuh dan berdenyut kencang, itu antara simptom cinta sudah mengusik-usik nuranimu. Lalu bibit-bibit kasih bersulam cemburu, dan degri sensitiviti berada pada tahap tertinggi. Pantang orang dikasihi berbicara dengan orang lain, atau tersenyum dengan sesiapa, akan terhiris hati dan perasaan bagai tertusuk sembilu 3!
Lalu.., air mata menjadi terlalu murah harganya. Sekali hati terguris, ngalirnya hingga ke larut senja... Itulah bermulanya "PROLOG CINTA"
Tips Nurimas
Cinta Pertama itu tidak semestinya boleh dipercayai kerana seperti makanan, kita mungkin rasa gula itu manis bila mula mengenalinya, namun selepas selalu memakannya, ia menjadi pahit dan yang tinggal hanyalah KENCING MANIS!
Kenali cinta anda -
LUDUS, EROS, MANIA, PRAGMA, AGAPE atau STORAGE?
Posted by
nurimas
0 comments:
Post a Comment