ASSALAMUALAIKUM,

Alhamdulillah, selepas 1433H berlabuh, kita bermula pula dengan 2012M - sekadar memulakan rutin urusan dunia yang terpaksa akur pada kesejagatan. Apapun nama tidak menukarkan peribadi. Justeru mari kita kekalkan jenama diri sendiri yang tegar tanpa menukarkan yang sedia tekal. Namun dalam pada itu, lakukan tranformasi positif ke arah kesempurnaan hakiki.

Mudah-mudahan ambang 2012 ini akan membugarkan semangat, motivasi dan jati diri kita lebih berprestij dan berskala tinggi. Selamat belajar untuk semua student, selamat bekerja untuk semua profesion dan kepada politikus negara - terus jadikan watan sebuah taman kedamaian.. bukan medan pertempuran...wassalam..





Kompleks Rakan Muda Mak Lagam - Seramai 45 peserta kem Remaja Bestari selesai menjalani kem Motivasi menjelang 2012. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh daerah Kemaman yang berdaftar dengan Pasukan Pelindung Kanak-kanak daerah Kemaman.

Kem yang dikendalikan oleh Team Akademi Sanggar Nurimas (ASN) itu turut berjaya menghimpunkan ibu bapa dalam slot terakhir "Anakku Permataku" dan menepati objektif program. Selama dua hari satu malam, peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang lebih menjurus kepada aspek pencegahan pengaruhb gejala sosial, dan masalah sahsiah remaja.

Antara slot menarik yang disediakan oleh team motivator ASN ialah slot Bukan Milik Kita, Pelan Tindakan Remaja, Menara Pangsa, Eksplorace, Periuk Api, dan Dunia Belum Kiamat. Mudah-mudahana pengisian yang diberi itu dapat dijadikan benteng pertahanan iman anak -anak ini yang bakal melangkah ke alam remaj yang penuh dugaan...insya-Allah.


Makluman
Kem Remaja Bestari SNE siri 3 akan diadakan pada;
24 dan 25 Disember 2011 di Kompleks Penyayang, Kemaman. Pendaftaran dibuka sekarang dan hanya tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi. Pengisian amat menarik bagi mempersiap remaja dan pelajar ke ambang 2012. Terbuka bagi pelajar/remaja 11 hingga 16 tahun.
CEPAT! Daftar sekarang dengan sms atau hubungi 012-9883261/ 010-5763621. Hanya RM80 sahaja.

"Tranformasi bermula dari dalam diri"


Warung SNE yang beroperasi di Simpang 4, Jalan Jabur Kubur (berdepan surau Jabur Kubur) menyediakan menu istimewa dengan harga sungguh SESUAI terutama dalam kemelut kenaikan harga barangan ini.

Chicken Chop - RM4.50, Fish n Chip - RM 4.00, Me Bandung Batu Pahat Special - RM4.00 - RM5.00, Aneka Mi - RM3.50 - 4.50, Bakso - RM4.00, Mi Kungfu - RM4.00, Nasi goreng - pataya, kampung, ikan masin, ayam, USA -RM4.00 -RM5.00. Burger- Benjo, Daging, Ayam, Special - RM1.30 -Rm3.00.


Motto kami - 'Perniagaan Adalah Ibadat'
Rasailah menu terus dari tangan motivator anda!

JEMPUT NDATANG DAN RASAILAH
SENDIRI CITARASA ALA NUSANTARA DAN WESTERN DALAM SATU WADAH.




Awang Resort, Marang - Sekolah Keb Bukit Kuang mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan kem motivasi untuk semua pelajar yang bakal menduduki UPSR selama dua siri. Siri pertama untuk pelajar target sementara siri kedua untuk pelajar selebihnya. SNE telah diberi slot motivasi untuk mereka.

Kedinginan malam dan hembusan bayu laut tidak mengganggu perjalanan program. sebaliknya peserta begitu tekun mengikuti sesi ceramah yang dikendalikan motivator SNE yang melibatkan tiga segmen - Pesan Bonda, Harapan dan Keinsafan. Sambutan pelajar begitu menggalakkan dan kesempatan nitu digunakan sepenuhnya oleh SNE memasuki ruang rujuk peserta dengan lebih mendalam. Syabas pengurusan SK Bukit Kuang dan kami doakan kejayaan anak didik SKBK cemerlang di dalam UPSR nanti. amin.




Balok, Kuantan - Pengawas SK Seri Kemaman pula telah mengadakan kem kepimpinan dua hari satu malam di sebuat Resort di Balok, Kuantan. Para peserta begitu teruja apabila FC-FC dan motivator SNE menggunakan pelbagai teknik untuk memenangi hati mereka.
Sepanjang kem, para peserta diajar untuk berkomunikasi, menjadi pemimpin pelajar, di samping menjalin kerjasama erat dalam kalangan ahli.

Guru Besar sekolah berkenaan, Tn Hj Kamaruzzaman Kadir turut turun padang memberi sokongan, menyampaikan hadiah dan menutup majlis. Satu sesi BBQ juga telah diadakan pada sebelah malam. SNE begita berbangga kerana diberi peranan mengendalikan sepenuhnya kem tersebut.




Kem kepimpinan Pengawas SK Padang Kubu telah berlangsung di Mesjid Baharu Padang Kubu. SNE telah diberi kesempatan untuk mengendalikan slot komunikasi bersama mereka. Antara slot yang mendapat perhatian peserta ialah slot "pilih Kasih' hingga ramai yang menitiskan air mata bimbang diri dan rakan mereka terpaksa meninggalkan 'kem pengawas'. Apapaun tahniah untuk para pengawas, semoga kalian menjadi pemimpin gemilang masa depan.

Ruang Bicara Bersama Nurimas...

Talian Komunikasi

Telefon - 012-9883261/019-9658287
Emel - nurimas_sn@yahoo.com

Falsafah...

Adanya Dirimu Bagaikan Adanya Tiada...

About this blog


Para penonton, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik;
Tatapilah blog saya yang memaparkan kandungan seperti berikut;
@ Sinopsis biodata
@ Penglibatan dalam sastera/penulisan
@ Penglibatan dalam persatuan/NGO
@ Kaunseling On line
@ Aktiviti Harian
@ Rencah Kehidupan
@ Memori Nostalgik
@ Diskusi Intelek
@ Sembang Puitik
@ Program/Kem Motivasi
@ Dan entri lain yang akan datang...

Followers