Budaya Kroni ada di mana-mana...
Alahai budaya kerja kita masih belum berubah-ubah walaupun slogan reformasike tranformasi ke dah acap benar dilaungkan oleh Pak-pak menteri malah menteri perdana sendiri bersuara lantang mengenai konsep tersebut.
Namun apa yang berlaku, sifat bobrok dalam pengurusan organisasi, pemilihan tokoh dan penganugerahan sesuatu statusmasih bertunjangkan budaya kroni yang seakan telah mendasari jiwa dan nurani pemimpin kita.
Malah bukan setakat ahli politik yang terlibat dengan anasir ini, bahkan telah menular dan menjadi semacam wabak yang menyerap kepada jabatan-jabatan formal kerajaan. Saya tak perlulah menuding atau menunjuk mana-mana jabatan terlibat, anda semua pemerhati, tenguklah dengan mata hati dan insafilah sendiri...
Kerana apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan mendapat balasan jua walaupun mulut anda berkata yang mulus-mulus, namun bila hati telah dihijab dengan kelam angkuh dan sombong, apa yang dilakukan tidak seindah ucapan...
kepada rakan pembaca, sllalah kongsi memori di laman Diskusi Intelek ini.
Posted by
nurimas
0 comments:
Post a Comment