Jun 2005 - Kali kedua aku terpanggil menyertai team debat ala parlimen bahasa Melayu daerah Kemaman setelah percubaan pertama tahun lalu kurang menyerlah. namun kali ini, seakan bangkit dari tidur yang lena,taring pasukan kami menyeringai laksana gigi serigala.
Pasukan kami berjaya melangkah ke pentas final negeri sebelum dinobatkan sebagai johan debat ala parlimen buat kali pertama. Gelaran tersebut menjadi tiket untuk kami mengibarkan panji-panji negeri ke peringkat kebangsaan. sebagai pendebat ketiga, tugasku tidak semudah pendebat pertama dan kedua. Ini kerana peranan pendebat ketiga adalah sebagai peledak bidasan dan mematahkan hujah lawan secara tepat dan ampuh.
Dalam persaingan di pentas kebangsaan, aku tewan dengan pasukan dari negeri kelahiranku, Johor, namun muncul johan negeri dengan persiapan yang agak terbatas, menjadi antara koleksi kenangan yang amat personik sifatnya.
Posted by
nurimas

0 comments:
Post a Comment