Siri Kepimpinan Pengawas SKSK dan SKPK

Siri Motivasi Kepimpinan Pengawas kendalian Team Sanggar Nurimas diteruskan untuk dua buah sekolah lagi iaitu Pengawas dari SK Seri Kemaman pada 3 April dan Pengawas SK Padang Kubu pada 9 April 2010 yang lalu.

Kem Kepimpinan Pengawas SKSK melibatkan hampir 100 peserta dari tahun 3 hingga 6 itu diadakan di Dewan SKSK bersama Unit Bimbingan sekolah berkenaan. Team Sanggar Nurimas mengendalikan dua slot iaitu, 'Kepimpinan dan Hajaral Aswad'. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Sementara kem pengawas SKPK pula diadakan di Institut Intergriti Negeri (IIN) di Teluk Kalong, Kemaman menampilkan 50 orang pemimpin pengawas. kami mengendalikan tajuk "Kepimpinan melalui Teladan" dan "Mamperkasa jati Diri".

Team Sanggar Nurimas diketuai sendiri oleh Motivator Utama, Hj Samiron Rahmat, KoFC farieq Roslan, Nasrul Ifie, Athirah Wina, Miza Comel dan pelatih FC Muazam. Alhamdulillah team SNE dapat mengendalikan program dengan jayanya secara ikhlas, Semoga Allah memberkati anak-anak pelajar ini dan menjadi Insan Yang Cemerlang.





0 comments:

Post a Comment

Ruang Bicara Bersama Nurimas...

Talian Komunikasi

Telefon - 012-9883261/019-9658287
Emel - nurimas_sn@yahoo.com

Falsafah...

Adanya Dirimu Bagaikan Adanya Tiada...

About this blog


Para penonton, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik;
Tatapilah blog saya yang memaparkan kandungan seperti berikut;
@ Sinopsis biodata
@ Penglibatan dalam sastera/penulisan
@ Penglibatan dalam persatuan/NGO
@ Kaunseling On line
@ Aktiviti Harian
@ Rencah Kehidupan
@ Memori Nostalgik
@ Diskusi Intelek
@ Sembang Puitik
@ Program/Kem Motivasi
@ Dan entri lain yang akan datang...

Followers