Sanggar Nurimas Enterprise (sNe), insya-Allah akan membuka dua buah gerai di medan selera Danau Food Court, Jalan Air Putih, Gong Pauh, Kemaman dalam minggu terdekat ini.
Kedua-dua gerai menempatkan pilihan masakan barat dan variasi mee dijangka dapat memenuhi selera pengunjung tempatan dan luar daerah yang berziarah ke Kemaman.
Tiea's Aroma ~ Western Valley menyajikan beberapa menu ala carte seperti 'drop egg soup, potato soup, cicken chop, fish n' chip's, spagheti, macaroni, aneka pasta' dan lain-lain, sudah pasti mampu menaikkan selera dan semangat dalaman untuk lebih ceria, santai serta lestari.
Tiea's Aroma ~Variasi Mi pula menghidangkan pilihan perisa mi eksotik dari ' mi, kuetiau dan bihun goreng Mamak, ladna, Bandung, hailam, kungfu serta Pataya yang dilingkungi haruman menyusuk ke pelipis hidung serta membangkitkan selera.
Kami mengharapkan sokongan anda dan KUNJUNGILAH DANAU FOOD COURT SERTA GERAI SNE. ANDA PASTI TIDAK MAHU ANGKAT KAKI!
Posted by
nurimas
0 comments:
Post a Comment