Team Sanggar Nurimas Jaya Kendali Kem

Team Sanggar Nurimas berjaya mengendalikan Kem Eksplorasi Minda anjuran Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kemaman yang berlangsung dari 30 Nov hingga 2 Disember lalu.


Seramai 60 pelajar dari usia 11 hingga 16 tahun terdisi daripada pelajar seliaan di bawwh Pejabat Kebajikan Masyarakat menyertai kem tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai pengisian melibatkan kemahiran sosial, emosi, keagamaan, motivasi diri, kemahiran mental dan fizikal serta kepimpinan.


Team Sanggar Nurimas turut disertai beberapa orang personaliti seperti Tn Hj Samiron sendiri selaku FC utama, Mohd Tarmizi, FC kerohanian, Amira Zakiah, pelajar UNIMAP, serta FC dari PRS Si2 - Ieyda, Anis, Nik, Afzam, Shahira dan fasilitator dari PAK, Cik Munirah dan Cik Ayu.


Di antara aktiviti yang menarik perhatian dan memberikan impak paling berkesan dalam kalangan peserta ialah, Eksplorasi Diri, Kasih ibu didamba, sayang ayah dipinta, Apa Dah jadi? dan Remaja Muslim Unggul.

Team Sanggar Nurimas merakamkan setinggi tahniah kepada pihak penganjur dan peserta kem. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat dimanfaatkan dalam mengharungi hidup remaja yang serba mencabar.

"TRANSFORMASI BERMULA DARI DALAM DIRI"

1 comments:

P/S Terima kasih khas kepada pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Kemaman, Encik Ghazali Awang yang memberi kepercayaan kepada Team Sanggar Nurimas. Juga kepada pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda, Kemaman yang menjadi premis kem tersebut. Jasa kalian kami utamakan.

Post a Comment

Ruang Bicara Bersama Nurimas...

Talian Komunikasi

Telefon - 012-9883261/019-9658287
Emel - nurimas_sn@yahoo.com

Falsafah...

Adanya Dirimu Bagaikan Adanya Tiada...

About this blog


Para penonton, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik;
Tatapilah blog saya yang memaparkan kandungan seperti berikut;
@ Sinopsis biodata
@ Penglibatan dalam sastera/penulisan
@ Penglibatan dalam persatuan/NGO
@ Kaunseling On line
@ Aktiviti Harian
@ Rencah Kehidupan
@ Memori Nostalgik
@ Diskusi Intelek
@ Sembang Puitik
@ Program/Kem Motivasi
@ Dan entri lain yang akan datang...

Followers