Penglibatan awal

Barangkali telah ditakdirkan sejak kecil jiwa saya memang terlalu halus dan sensitif. Selalu menangis dan mengerti penderitaan orang lain. suka akan flora dan fauna yang lantas dijadikan teman bicara.

Seawal persekolahan, sering mendapat pujian dan markah tertinggi dalam pendidikan seni. Mula melukis komik berjudul Damon seawal Darjah Enam dan mendapat galakan abang untuk diterbiutkan. lalu menghantar ke sebuah penerbitan, namaun barangkali dibakulsampahkan sahaja kerana tiada sebarang khabar berita.

Kemudian mula pandai menukilkan kata-kata cinta, kecewa dan putus asa apabila kenal erti kasih-sayang sesama insan. Mula menulis sajak dan cerpen jiwang-jiwang. Pada sayembara menulis puisi peringkat sekolah pada tahun 1974 (ketika di tingkatan empat), tanpa diduga saya muncul juara daerah walaupun hanya berbekalkan bakat semata.

Mendapat galakan daripada Guru Bahasa Malaysia ketika itu, Cikgu Siow Yee Woo, juga seorang penulis lulusan UKM. Teruja dengan pujiannya dan kepetahannya berbahasa, biarpun bukan bahasa ibondanya, saya mula galak menulis.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, bakat kian berkembang biarpun tidak pernah mendapat latihan secara formal kerana saya jurusan Sains. Tamat persekolahan, saya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kota Bharu, dan di sanalah bakat saya kian mekar dan mula menghantar karya ke pelbagai penerbitan.

Sajak pertama "Kecintaan Tanah Air" yang juga sajak yang memenangi sayembara 1975 dahulu berkumandang di udara menerusi RTM Kuala Lumpur dengan bantuan anak kepada juruhebah popular masa itu Nuri Angkasa.

Di maktab, saya memang terkenal sebagai penyair dan penulis tempat rujukan para jiwangan mendapatkan kata-kata putus cintan. Selepas menang sayembara deklamasi sajak MPKB, saya mendapat tapak untuk mengembangkan bakat di pentas. Mendeklamasi sajak pada majlis rasmi, mengarah drama pentas dan mengacara majlis antara peranan rutin.

Cerpen pertama "Akhir Penantian' berkumandang di corong Radio Malaysia Melaka ketika saya pulang dari sekolah sesi petang. Sejak itu saya kian aktif menulis cerpen, sajak dan akhir sekali novel remaja sebelum menjadi wartawan sambilan Sinar Harian mutakahir ini.

ANTARA HASIL KARYA

Novel Remaja

1. Bidadari mimpi - Berita Publishing Sdn Bhd
2. Jurai-jurai Cinta - Berita Publishing Sdn Bhd

Drama Radio/Pentas

1. Mati - Radio Malaysia Melaka
2. Drama 30 Siri Ramadhan "Sesudah Disember" - Radio Malaysia Kuantan
3. Tukang Beca - Drama Pentas MPKB

Cerpen

1. Di Pinggir Penantian - Bacaria
2. Kangen Cuma - Perdana
3. Gerimis Hati - Berita Darul Iman
4. Selamat Hari Guru,
Cikgu - Majalah Kuntum
5. Hari Akhir - Bacaria
6. Akhir Penantian - Radio Malaysia Melaka
7. Serikandi Mimpi - Majalah Pelajar

Sajak

Pelbagai sajak di akhbar dan majalah tempatan
seperti Wanita, Bacaria, Darul Iman dan Utusan Malaysia

Buku Akademik

Lebih 40 buah buku akademik UPSR Bahasa Melayu untuk sekolah rendah. diterbitkan oleh penerbit-penerbit tempatan seperti
1. Pelangi Sdn Bhd
2. Longman
3. Setiamas
4. East View Sdn Bhd
5. Penerbitan Delta
6. Pustaka Aman Press

Rencana ilmiah

Banyak diterbitkan di dalam ruangan rencana dan pendapat Utusan Malaysia, antaranya;
1. Antara Femininisme dan emansipasi wanita
2. Guru- jasa yang tidak berhujung
4. Diploms, elaun dan ....
dan sebagainya

Pada Bulan Mei 2009, terlibat sebagai salah seorang ahli panel "Bicara Sastera" Sempena Pameran Buku Terengganu 2009 dan Hari Guru Kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment

Ruang Bicara Bersama Nurimas...

Talian Komunikasi

Telefon - 012-9883261/019-9658287
Emel - nurimas_sn@yahoo.com

Falsafah...

Adanya Dirimu Bagaikan Adanya Tiada...

About this blog


Para penonton, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik;
Tatapilah blog saya yang memaparkan kandungan seperti berikut;
@ Sinopsis biodata
@ Penglibatan dalam sastera/penulisan
@ Penglibatan dalam persatuan/NGO
@ Kaunseling On line
@ Aktiviti Harian
@ Rencah Kehidupan
@ Memori Nostalgik
@ Diskusi Intelek
@ Sembang Puitik
@ Program/Kem Motivasi
@ Dan entri lain yang akan datang...

Followers